A. DOA MEMPERLANCAR PEREDARAN DARAH
ilmu untuk melancarkan peredaran darah. dengan ilmu ini sudah ratusan bahkan ribuan orang telah tertolong dari ancaman kematian karena tidak lancarnya peredaran darah. Ilmu ini sudah cukup tua dan langka.
Demikian rupa ilmu melancarkan peredaran darah. Untuk jadi peringatan: Dilarang mengamalkan keilmuan ini bagi yang hamil .
Bismillahhirrohmanirrohim
Min hawa kepala adam
Min sani pusat adam
Hai darah merah
Hai darah hitam
Hai darah putih
janganlah hangko mengimbas, mengimbus, menikam, menusuk
didalam diri batang tubuhku
Kembalilah hangko ketompat hangko semulo
Berkek tawar wali tawar
Berkek lailahailallah muhammaddarrosululloh
Bacalah 7 x pada segelas air putih yang sudah dimasak. Setiap 1x baca tahan nafas, kemudian tiupkan ke air putih satu gelas dan diminum
B. Dari Rasûlullâh saw untuk Segala Penyakit
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ تَعْجِيْلَ عَافِيَتِكَ, وَصَبْرًا عَلَى بَلِيَّتِكَ, وَخُرُوْجًا إِلَى رَحْمَتِكَ
Allâhumma innî as`aluka ta‘jîla ‘âfiyatik,
wa shabran ‘alâ baliyyatik,
wa khurûjan ilâ rahmatik.
Ya Allah aku memohon kepada-Mu penyegeraan ‘afiat-Mu (kesehatan dari-Mu), kesabaran atas baliyyah-Mu (penyakit dari-Mu) dan keluar kepada rahmat-Mu.
Amalkanlah doa Bismillah 5 ini sebagai Syifa’ atau penyembuh penyakit. Saya telah lama mengamalkanynya dan Alhamdulillah memang berkesan…. Mengamalkan doa ini hendaklah yakin sepenuh hati bahawa Allah Taa’lalah Yang Menyembuhkan dan memberi kesihatan yang baik.
Bismillah 5
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
Maksudnya:
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan.
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik.
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Antara fadhilat Bismillah 5 ialah:
* Penawar bisa diri. * Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang. * Penawar bisa-bisa badan. * Penawar sakit perut. * Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.Cara Merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh.
ADS HERE !!!